Wednesday 3 April 2013

situasi ini menjatuhkan aku!!!

Bismillahirrahmannirrahim...
Hanya dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sungguh...
Situasi ini amat menjatuhkan aku..
Reputasi ini menjadi bisu..
Dann..aaakuu...ku layuu...

Ya ALLAH..berikan aku kekuatan dalam setiap kesulitan..
Ya ALLAH..berikan aku kejayaan disebalik kejatuhan ini..
Ya ALLAH..aku mohon darimu kekuatan itu...aku mohon..

Monday 11 March 2013

Jatuhnya aku..Rebahnya aku..ITU SEMUA PENGAJARAN BUAT AKU! Terima kasih YA ALLAH ^_^


 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ




Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni dosa aku, dosa kedua ibu bapaku..berikanlah aku ketabahanYa Allah..dalam menghadapi semua ini..Aku yakin jatuhnya aku..bangunnya aku..Engkau sentiasa bersamaku..Tatkala kaki ini melangkah sendirian..aku mohon berikanlah aku semangat dan kekuatan dari lubuk hati aku yang paling dalam..Janganlah Engkau biarkan aku sendirian tanpa pertolonganMu..
aku GAGAH melangkah keranaMU
aku KUAT berjalan keranaMU
aku TABAH menghadapi keranaMU
semuanya kernaMU
setiap cerita hidupku, ku ingin bersamaMU..




Nota Kaki:: setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya yang tersendiri.
Jatuhnya aku..Bangunnya aku..itu semua KEJAYAAN bagi aku!!sekiranya aku telah rebah untuk yang ke 100 kali..aku akan TETAP BANGUN untuk kali yang ke 101!!=)Keep smiling!

◕ ‿ ◕I LOVE ISLAM ◕ ‿ ◕

IKHLAS membawa BAHAGIA


Dengan nama ALLAH Yang Maha PEMURAH Lagi Maha PENYAYANG

Bahagia itu adalah abstrak. Bukan yang dilihat di mata semata-mata. Bukan yang didengar di telinga sahaja. Bahagia itu sesuatu yang sukar digambarkan..Getarannya membahagiakan jiwa..Ketenangannya sukar digambarkan..Bahagia itu jelas terpancar di muka..Bagi aku, kebahagiaan hanya wujud bersama keikhlasan..Keikhlasan tatkala kita memberi dan menerima. Ikhlas itu bererti, segala yang kita lakukan, segala perbuatan kita disandarkan sepenuhnya kepadaNYA.





Nota kaki :: Orang yang Bahagia, tidak akan bertanya Adakah aku bahagia? Begitu juga dengan orang yang berjaya, mereka tidak akan sempat untuk bertanya adakah aku sudah berjaya?

jangan pernah MENGELUH~!!

Dengan nama ALLAH Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setiap yang berlaku, pasti akan ada hikmahnya yang tersembunyi..walaupun perkara tersebut pahit untuk ditelan, mahupun manis yang menyenangkan. Kadangkala kita rasa hidup kita cukup bahagia dengan segala kemewahan, kebebasan dan keceriaan yang dikecapi, namun kita tidak tahu adakah cara hidup kita itu dalam keredhaanNya..maka, kita diuji..agar kita sedar yang kita telah tersilap langkah. Oleh itu, tatkala ujian menduga, janganlah kita cepat melatah..Cuba kita fikir balik, bukankah sudah terlalu banyak nikmat yang telah diberikanNYA? Layakkah kita untuk merungut untuk setiap dugaan itu..sedangkan ujian yang diberikan itu ialah petanda kasih sayangNYA?

Yakinlah! Percayalah!
 ALLAH S.W.T. tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuannya.
Kami, aku, kamu, dia, mereka, kalian, adalah insan2 yang KUAT!!=)






◕ ‿ ◕I LOVE ISLAM ◕ ‿ ◕


kasih manusia tanpa kasih ALLAH S..W.T..itu hanya sia2..


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ







◕ ‿ ◕I LOVE ISLAM ◕ ‿ ◕

Monday 4 March 2013