Saturday 19 January 2013

perlindungan ALLAH, perlindungan paling amat BAIK sekali



 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ




Amalan dijauhkan dari sihir 



1.makan kurma ajwah 7 biji sehari 

2.berwuduk sebelum tidur 

3.sentiasa solat berjamaah 

4.masuk tandas baca doa 

5.solat tahajud 

6.baca ayat kursi selepas solat lima waktu 

7.baca surah al ikhlas,surah al falaq dan surah an naas sebelum tidur

moga DOSA itu diampunkan


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 






Sekali kita sebut "Astaghfirullahalazim", Allah SWT akan

 hilangkan satu TITIK HITAM dalam hati kita. InsyaAllah ツ





ladies&gentlemen. JOM amalkan!


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang






Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...



1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah..






aku kamu & dia pasti MAMPU


Dengan nama ALLAH Yang Maha PEMURAH lagi Maha PENYAYANG




bukan madahnya mudah
untuk bangkit selepas rebah
untuk bangun selepas payah
untuk gagah selepas lelah

bukan susahnya sedikit
untuk bangkit selepas perit
untuk bangun selepas sakit
untuk sasa selepas sempit

mulakan hari dengan angan-angan
akhiri hari dengan hasil di tangan

may Allah bless






KISAH bunga&rama2. AWESOME!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 






Mari kita hayati kisah ini....


Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama....

Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat....


Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberiaanNya berbeza dengan permintaanya.
Kemudian dia berfikir... Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh,lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya...
Lelaki ini amat terperanjat apabila..
melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu..
tumbuh pokok bunga yang cantik..
dan daripada ulat yang terselindung..
telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah sentiasanya cara terbaik...
walaupun kelihatan semuanya salah...

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah
PERCAYALAH...
pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..

Apa yang anda pinta
tidak semestinya apa yang diperlukan!
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh..

DURI hari ini...
adalah BUNGA hari esok!

Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka
yang menyerahkan ketentuan kepada Nya....


Semoga Allah merahmati anda...May Allah Bless You











JOM ke blog itu ^_^


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Syukur hanya padaNYA atas segala nikmat yang tidak terhitung.
Ampunikanlah dosa ku dan dosa mak dan abahku.


Sesiapa yang ingin mencai kata-kata hikmah yang dapat motivasikan diri. Hanya dengan izinNYA. 
Bolehlah melawat blog di bawah. Semoga peroleh manfaat.
 Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam. ^_^






Friday 18 January 2013

redha itu IKHLAS. pasrah itu MENYERAH. maka IKHLASlah. moga bahagia


moga ini yang lebih BAIK


YA ALLAH..itu salah aku=(


hargailah sebelum TERlambat


ketentuan ALLAH sebaik-baik KETENTUAN ^_^


sentiasa POSITIF itu I.N.D.AH


~S.E.N.Y.U.M~tak perlu kata apa-apa


YA ALLAH, hanya dengan sentiasa bersamaMU, aku T.A.B.A.H


tidak MAHU aku mengalah~!!


YA ALLAH..jadikan diri ini yang sentiasa mengigatiMU


Monday 14 January 2013

~aku sayang FAMILY aku~


berwaspadalah~!!ikut rasaBINASA, ikut hati MATI, ikut suka DUKA


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.





Jika kau merasa gelisah,
ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu,
pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih,
ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya,
pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan,
ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira,
janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman,
ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi

Jika kau merasa kosong,
pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong

Jika kau merasa tidak hargai,
dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin,
kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu

Jika kau merasa penat,
ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu...

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang 
Ar Raad: 28







Sunday 13 January 2013

~ku ingin KETENANGAN itu~


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.


Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.






YA ALLAH..kumohon kekuatan itu~^_^~





Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, hari ini merangkumi minggu ketiga ana memulakan kuliah. Syukur padaNYA. Berada di bumi asing ini cukup mengajarkan ana erti hidup yang sebenar. Erti kehidupan. Mungkin takut menghadapi membuatkan ana takut untuk menerima kebahagiaan dan keseronokan sentiasa dalam hidup ana. Biarlah kepahitan yang selalu ana rasa andai itu ubatnya. Ana takut untuk menerima manis sentiasa, bimbang itu ialah racun. Ana harap hidup ana hari ini lebih baik dari semalam. Mudah-mudahan, hanya dengan izinNYA