Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Jika kau merasa gelisah,
ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu,
pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu
Jika kau rasa sedih,
ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang
menjauhkan diri daripada-Nya,
pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia
kepadamu
Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas
sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar
Jika kau rasa bosan,
ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria
Jika kau rasa gembira,
janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka
duka gembira ceria tangis tawa
Jika kau merasa sunyi tiada teman,
ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan
mengadu yang kau sunyi
Jika kau merasa kosong,
pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
Jika kau merasa tidak hargai,
dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana
Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya
Jika kau merasa miskin,
kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan
daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau
keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu
Jika kau merasa penat,
ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu
untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk
melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu...
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang
Ar
Raad: 28
No comments:
Post a Comment