Monday 26 November 2012

bertaubatlah sayang~!!!ALLAH itu Maha Pengampun


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Alhamdulillah...setinggi-setinggi kesyukuran dipanjatkan hanya untukNya.
ALLAH Yang Maha Pembuka.




Allah s.w.t berfirman, ertinya;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)


Tidakkah firman Allah ini dapat melapangkan hati, menghilangkan keresahan dan menghapuskan kebimbangan anda?

Kelihatan bahawa Allah sengaja menyapa manusia dengan kalimah "Wahai hamba-hamba- Ku..." Adapun tujuannya, tidak lain adalah menyatukan hati para hamba-Nya dan menyentuh perasaan mereka agar mendengarkan ayat tersebut dengan baik. Setelah itu, terlihat bahawa Dia mengkhususkan firman-Nya itu untuk orang-orang yang melampaui batas. Itu dilakukan Allah kerana mereka merupakan golongan manusia yang paling banyak melakukan dosa dan kesalahan. Lantas, bagaimana dengan kita yang tentu sahaja juga sering melakukan dosa dan kesalahan?

Dalam ayat tersebut, Allah juga melarang hamba-Nya berputus asa dalam memohon ampunan Allah. Allah mengabarkan pula bahawa Dia akan mengampuni sesiapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya, baik dari dosa-dosa kecil mahupun yang besar.




Kami perlukan ALLAH S.W.T dalam hidup kami

No comments:

Post a Comment