Monday 26 November 2012

✿ kerana I.L.M.U begitu berharga~!!!✿



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Alhamdulillah...setinggi-setinggi kesyukuran dipanjatkan hanya untukNya.
ALLAH Yang Maha Mulia.


Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud:

"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". 


Sememangnya ilmu-ilmu Allah itu amat luas, carilah ia kerana ia akan menjadi 'Nur' dalam kehidupan kita. DIA memberi ilmu kepada setiap hamba-Nya sama ada disedari ataupun tidak. Kadang-kadang kita merasakan bahawa orang lain begitu hebat, memiliki ilmu yang luas, tanpa melihat ke dalam diri sendiri. Bila kita menilai diri sendiri, barulah terasa bahawa kita juga memiliki ilmu yang tidak ada pada orang lain. Pengalaman hidup kita itulah ilmu yang paling berharga.




Kami perlukan ALLAH S.W.T dalam hidup kami


No comments:

Post a Comment