Saturday 3 November 2012

seni itu indah ~!!

Apabila berbicra  tentang seni, yang menjadi perkaitan utama ialah kreatif ataupun kraetiviti.
Sesetengah pendapat mengutarakan bahawa kreativiti berasal daripada perkataan latin yang membawa maksud membuat. Ada juga yang mengatakan perkataan ini berasal daripada perkataan greek iaitu memenuhi. Manakala menurut kamus dewan, kreativiti didefinasikan sebagai daya ataupun kebolehan seseorang itu mencipta daya kreatif. Daya kreatif disini bermaksud kemampuan seseorang itu mencipta sesuatu yang unik, baru dan asli. Secara umumnya, ramai yang menyokong yang kreativiti ialah penghasilan sesuatu yang belum ada.
Berikut ialah definisi kreativiti yang diutarakan oleh beberapa tokoh seni:

  • June King Mc Fee: membaikkan lagi sesuatu yang sedia ada
  • E. Paul. Torrance: meneroka, mengkaji, memerhati dan mencari kebenaran
  • Donald W.Mac: mampu menyatakan perihal diri (fikiran terbuka) dan berdikari (selesai masalah)
  • Nikola Testa: menghubungkan pemikiran tampak dengan kesan luaran
  • Robert C Burkhat: dapat dilihat melalui tindakan dalam segenap aspek kehidupan
  • Victor Lowenfeld: naluri semulajadi. Memerlukan naluri dan keinginan untuk bertindak
  • Carl R. Roger: wujud melalui kehidupan seharian
  • J.P Guilford: bebaskan pemikiran lama dan ganti yang baru iaitu kearah asli, unik dan baru
Sifat-sifat individu kreatif ialah:
  1. daya persepsi yang tinggi
  2. daya membina idea sendiri
  3. keyakinan diri
  4. peka terhadap nilai-nilai estetika
  5. mengkaji dan menyelidik
  6. mencuba dan meneroka
Cara-cara mengembangkan kreativiti kanak-kanak:
  1. bebas alat dan bahan
  2. memberi masa yang cukup (tidak menekan)
  3. saling hormat-menghormati
  4. memberi rangsangan
  5. memberi penghargaan
  6. memberi galakan dan motivasi
  7. pembelajaran dan pengajaran yang fleksibel (mengikut minat kanak-kanak)
Apresiasi seni?
Ialah kajian terhadap individu seni tersebut merangkumi segala aspek yang digunakan sehingga berjaya menghasilkan karyanya. Dengan kata lain, aspresiasi ialah kebolehan ataupun cara kita menilai sesuatu karya.

Aspek aspresiasi seni meliputi:
  1. alatan dan bahan yang digunakan
  2. prinsip rekaan yang diaplikasikan
  3. unsur seni
  4. tema yang digunakan
  5. reka bentuk
  6. warna dan padanan imej
Aras-aras pencapaian aspresiasi (kebolehan seseorang itu menilai seni)
  1. penerimaan- meliputi tida aspek iaitu kesedaran, kesediaan menerima dan penumpua
  2. tindakbalas persetujuan- berkerjasama, bersedia dan seronok memberi tindakbalas
  3. penilaian-persetujuan, pemilihan dan penerimaan
  4. organisasi-guna konseptualistik nilai(kenalpasti) dan mengorganisasi nilai
  5. pembinaan peribadi-set pandangan sendiri dan dijadikan panduan memilih nilai 
Bagaimana ingin menilai seni?

Seni dinilai melalui 3 wadah iaitu:
  1. logikal (dianggap tradisional. Melalui kajian perbandingan, pemerhatian, penghasilan dan maklumat)
  2. psikologikal (menilai seni yang bersifat personal melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan pengarauh persekitaran)
  3. sejarah (tokoh/artis, konsep dan falsafah, produk seni, masyarakat)
Bagaimana pula ingin melihat seni?

Seni dilihat melalui 5 cara:
  1. hedonistik : suka atau tidak
  2. eklektik : semua aspek
  3. kontekstualistik : menekankan aspek
  4. organistik : cara olahan yang digunakan
  5. normistik : norma dan kriteria tertentu

No comments:

Post a Comment