Saturday 3 November 2012

penat?letih? itu hanya hasutan~!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Alhamdulillah..Syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Menguasai kerana masih memberikan peluang kepada ana untuk meneruskan hidup di bumiNya ini.
Hari ini ana teruja untuk berkongsi satu tips baru dalam kehidupan agar hari-hari kita terus b.e.r.s.e.m.a.n.g.a.t!!!
Selain hari-hari kita dihiasi dengan alunan surat dari Pencipta, kita juga mesti mampu menguasai pemikiran kita.
Setiap hari pelbagai benda yang telah tersusun rapi diminda kita untuk dilaksanakan ataupun "work to-do list~". Namun...cuba..kita imbas kembali..adakah kesemua kerja yang ingin diselesaikan itu beres terlaksana? Ataupun....hanya tertulis rapi dalam diari kehidupan?

Satu tips yang ana ingin kongsikan~!! Lec ana pernah berpesan. Katanya "walau sepenat atau seletih manapun kita rasa, jangan pernah SEBUT perkataan-perkataan negatif seperti malas, penat, letih dan seangkatan dengannya. Kerana..apa yang kita ucapkan itu akan menjadi pendorong yang amat kuat kepada tubuh badan kita untuk bertindak sedemikian. Haa..akibatnya, kesemua kerja kita tergendala!

Oleh itu ana menyeru kepada semua. Jomlah sama-sama kita UBAH pemikiran kita. 
jom nyanyi sikit ~umat Islam sentiasa Boleh!!~insyaALLAH.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruknya ialah kekurangan diri ana sendiri.





No comments:

Post a Comment