بِسْــــــــــــــــــمِ
اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Alhamdulillah...setinggi-setinggi kesyukuran dipanjatkan
hanya untukNya.
ALLAH Yang Maha Berupaya.
Hanya ibu bapa yang sanggup
menerima apa pun keadaan dan kekurangan anak mereka. Itu yang berada di benak saya.
Dan jangan terlalu berharap, ada manusia lain yang akan memahami situasi kita.
Ibu bapa akan sentiasa memahami, dan akan sentiasa rela berkorban demi anak
mereka. Inilah yang dikatakan lumrah dunia. Lumrah insan.
Saya ingin mengajak anda semua
untuk berfikir dan memahami apa yang cuba saya sampaikan. Satu contoh, akan
saya berikan. Antara ibu bapa, suami, isteri atau pun kawan baik, siapa yang
lebih rela menjaga anda yang tiba2 mengalami sakit strok, lumpuh, atau pun
cacat anggota secara kekal selepas berlaku kemalangan?
Kawan? Sekejap mungkin boleh…
Tapi seorang ibu, akan menjaga anaknya sepanjang hayat. Selagi nafas masih ada.
Selagi terdaya. Selagi termampu. Tak kisah la anaknya itu kaya atau miskin,
cantik atau hodoh, pandai atau bodoh, sempurna atau cacat. Ibu bapa lah orang
yang akan sentiasa menerima segala kelebihan mahupun kekurangan yang ada pada
anaknya.
Terima kasih kepada abah yang
tidak memarahi saya apabila saya dibuang sekolah.
Terima kasih kepada abah yang
tidak pernah mengungkit wangnya banyak habis sepanjang membesarkan saya.
Terima kasih kepada abah yang
sanggup berhutang keliling pinggang untuk memberi saya duit belanja sekolah.
Terima kasih kepada abah yang
sanggup memandu lama untuk menghantar saya kerana saya tidak pandai memandu.
Terima kasih kepada abah kerana
menjadi tempat untuk saya berlindung.
Terima kasih kepada mak yang
menyisir rambut saya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.
Terima kasih kepada mak yang
sanggup berjaga sepanjang malam menjaga saya apabila saya demam.
Terima kasih kepada mak yang
menjaga makan dan minum saya.
Terima kasih kepada mak yang
selalu tinggalkan lauk untuk saya, sedangkan dia hanya makan memadai dengan
adanya nasi dan sambal kicap.
Terima kasih kepada mak yang
menggosok pakaian saya supaya tampak kemas.
Terima kasih kepada mak yang
berasa marah apabila saya dibuli, diejek dan dipersenda oleh rakan.
Terima kasih kepada mak yang
selalu menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan.
Terima kasih kepada mak dan abah
yang menerima saya seadanya. Menerima segala kelemahan dan kekurangan diri saya
❁Kami perlukan ALLAH S.W.T dalam hidup kami ❁
No comments:
Post a Comment