Saturday 3 November 2012

niat itu IBADAH~!!!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Alhamdulillah..ana masih lagi diberi kesempatan olehnya untuk menulis. 
Tiba-tiba hati ana terdetik pasal N.I.A.T?

cuba kita renungkan..

Kita ialah makhluk ALLAH.
Kita hidup didunia ini keranaNYA.
Segala yang ada dibumi ini milikNYA.
Hidup dan mati kita ketentuanNYA.
Tuntasnya kita hanyalah HAMBA ALLAH.

Namun, cuba kita hitungkan kembali perjalanan hidup kita seharian..adakah segalanya disandarkan kepadaNYA. Adalah kita mengorak langkah hidup kita selayaknya seorang hamba? ataupun hari-hari kita dihujani dengan sombong dan angkuh dengan segala nikmat yang dipinjamkan?
Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. 

Disini ana ingin menekankan tentang niat dan hidup. Hidup kita seharian dengan niat memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat isi dan kuku. Begitu rapatnya. Setiap hari kita, bermula sebaik sahaja kita membuka mata di pagi hari sehingga memejamkan mata di malam hari. Harus diiringgi dengan niat. Iaitu segalanya kerana ALLAH. Sesungguhnya segala perbuatan ataupun pekerjaan yang dilakukan KERANA ALLAH merupakan satu IBADAH.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruknya ialah kekurangan diri ana sendiri.




No comments:

Post a Comment